Industri belacan merupakan sektor perusahaan kecil-kecilan yang telah dikomersialkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Keunikan rasanya menjadi pembuka selera dan sebagai penyedap makanan. Oleh hal yang demikian, usahawan kini semakin bijak dalam mengambil peluang untuk menjadikan makanan tradisional kepada komersial yang digemari semua lapisan masyarakat.
Pembuatan belacan berbeza mengikut tempat dan negeri bergantung kepada citarasa masyarakat setempat. Bahan utama yang perlu ialah udang geragau yang hanya terdapat pada musim-musim tertentu. Udang geragau tersebut akan dijemur di bawah cahaya matahari selama beberapa minggu sehingga benar-benar kering. Setelah dijemur, proses menumbuk udang geragau akan dilakukan sehingga menjadi lumat dan ditambah dengan bahan sampingan seperti garam dan diperam. Seterusnya, bahan tersebut akan dibentuk mengikut bentuk-bentuk yang dikehendaki.
Walaupun bau belacan kurang menyenangkan, ia dapat dilindungi dengan pembungkusan yang sesuai. Kualiti belacan yang terbaik adalah berdasarkan cara pemprosesan yang dilakukan . Kebersihan perlu dititikberatkan agar tidak mempengaruhi rasa belacan. Belacan biasanya dijadikan sambal belacan dan dimasak bersama masakan.
No comments:
Post a Comment