Tempat : Lembaga Kemajuan Bintulu
No. 1 Jalan Tanjung Kidurong, Peti Surat 55, 97007 Bintulu
Lembaga Kemajuan Bintulu |
Pegawai ditemuramah : Puan Hajah Maimunah
Jawatan Pegawai : Pengurus Senior Bahagian Sumber Manusia
Bilangan Ahli : 3 orang ( S19334, S19422, S19711)
Bersama Puan Hajah Maimunah |
Bohlander et al (2001) : Pengurusan sumber manusia merangkumisemua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama.
Ivencevich (2001): Pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.
Untuk bahagian sumber manusia pada kali ini, kami telah ke BDA untuk mengetahui tentang pengurusan sumber manusia untuk diaplikasikan ke syarikat kami.
Pengambilan Pekerja
Mengikut Skim Perkhidmatan JPA :
- Umur 17-40 (diploma)
- Umur 41 dan ke atas (degree)
- Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia
- Warganegara Malaysia
Cara Pengambilan
- iklankan di website BDA
- Media bercetak
- E-requirement
Pekerja yang diterima untuk berkhidmat di BDA akan diberi latihan selama 42 jam setahun. Selain itu, setiap pekerja akan ada penilaian prestasi yang mana jika prestasi mereka bagus, maka kerja tetap menanti mereka.
Kelebihan
Antara kelebihan untuk pekerja yang berkhidmat di BDA adalah:
- Perubatan percuma
- KWSP
- Simpanan Pencen
- Insurans (jika berlaku kemalangan)
- Cuti (rehat) 25 hari setahun
- Pemberian pinjaman (contohnya untuk membeli rumah, peti ais & sebagainya)
- Sumbangan wang pada waris yang kehilangan ahli keluarga
- Pemberian Bonus (Ikut pemberian kerajaan)
Buat masa ini, pekerja di BDA adalah seramai 700 orang dalam bidang tugas yang berbeza.
Bahagian yang selalu memerlukan pekerja adalah bahagian pengurusan sampah dan pegawai keselamatan.
Kenaikan Pangkat
Sebelum seseorang itu dinaikkan pangkat, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) akan dinilai iaitu sebanyak 2 peperiksaan akan diambil tetapi perkara ini telah dihapuskan. Kriteria yang dinilai untuk dinaikkan pangkat:
- Ikut seniority
- Ikut markah prestasi
- Ikut Ketua bahagian masing-masing
Pemberian Gaji
Pemberian gaji mengikut standard kerajaan iaitu pada awal bulan.
Gaji akan diberi awal sekiranya musim perayaan iaitu awal seminggu.
Ciri-ciri yang perlu ada pada Pengurusan Sumber Manusia
- Berdisiplin
- Jujur
- Berintegriti
- Bertanggungjawab
- Pandai Menyimpan Rahsia
- Bersikap Profesional
Kata Akhir Daripada Puan Hajah Maimunah
Ilmu amat penting dalam kehidupan. Ianya boleh didapati daripada pembacaan, pergaulan dan pengalaman. Apa yang penting adalah jangan malu untuk belajar dan ikhlaskan hati dalam melakukan apa sahaja yang dikerjakan.
Lampiran
Kesimpulan
Dalam menguruskan sesebuah syarikat, bahagian sumber manusia amat penting kerana ianya berurusan dengan manusia. Hal ini kerana, pekerja adalah aset dalam mencapai keberkesanan organisasi. Pengurus di bahagian sumber manusia perlulah memiliki keupayaan untuk mengawal manusia.
Penulis Blog : S19711
Dengan Usahasama : S19334, S19422
No comments:
Post a Comment