web widgets

Wednesday

PROSES PELAKSANAAN VIDEO

Tarikh: 25/2/2015
Tempat: Sekitar kawasan Bintulu 
Bilangan Ahli : 5 orang


Antara aktiviti yang dilakukan ketika proses penghasilan video akhir keseluruhan "Rancangan Perniagaan". Dengan jayanya kami sekumpulan dapat menghasilkan video yang menarik.













Cover CD yang telah berjaya dihasilkan  dengan kreatif dan cantik.


Penulis blog : S19711
Dengan usahasama : S19334


Tuesday

Perjumpaan untuk Keseluruhan Projek

Tarikh : 19/2/2015
Tempat : Kolej Kediaman 2
Bilangan Ahli : 5 orang

Perbincangan sedang dijalankan
Agenda pada kali ini adalah untuk membincangkan proses perkembangan video dan blog untuk dihantar kepada pensyarah.

Penulis blog: S19711

Monday

Sumber Manusia (Lembaga Kemajuan Bintulu)

Tarikh : 16/2/2015
Tempat : Lembaga Kemajuan Bintulu
               No. 1 Jalan Tanjung Kidurong, Peti Surat 55, 97007 Bintulu

Lembaga Kemajuan Bintulu


Pegawai ditemuramah : Puan Hajah Maimunah
Jawatan Pegawai : Pengurus Senior Bahagian Sumber Manusia
Bilangan Ahli : 3 orang ( S19334, S19422, S19711)

Bersama Puan Hajah Maimunah


Bohlander et al (2001) : Pengurusan sumber manusia merangkumisemua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. 
Ivencevich (2001):   Pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.

Untuk bahagian sumber manusia pada kali ini, kami telah ke BDA untuk mengetahui tentang pengurusan sumber manusia untuk diaplikasikan ke syarikat kami.

Pengambilan Pekerja
Mengikut Skim Perkhidmatan JPA :
  • Umur 17-40 (diploma)
  • Umur 41 dan ke atas (degree)
  • Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia
  • Warganegara Malaysia
Cara Pengambilan
  • iklankan di website BDA
  • Media bercetak
  • E-requirement
Pekerja yang diterima untuk berkhidmat di BDA akan diberi latihan selama 42 jam setahun. Selain itu, setiap pekerja akan ada penilaian prestasi yang mana jika prestasi mereka bagus, maka kerja tetap menanti mereka.

Kelebihan
Antara kelebihan untuk pekerja yang berkhidmat di BDA adalah:
  • Perubatan percuma
  • KWSP
  • Simpanan Pencen
  • Insurans (jika berlaku kemalangan)
  • Cuti (rehat) 25 hari setahun
  • Pemberian pinjaman (contohnya untuk membeli rumah, peti ais & sebagainya)
  • Sumbangan wang pada waris yang kehilangan ahli keluarga
  • Pemberian Bonus (Ikut pemberian kerajaan)
Buat masa ini, pekerja di BDA adalah seramai 700 orang dalam bidang tugas yang berbeza.
Bahagian yang selalu memerlukan pekerja adalah bahagian pengurusan sampah dan pegawai keselamatan.

Kenaikan Pangkat
Sebelum seseorang itu dinaikkan pangkat, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) akan dinilai iaitu sebanyak 2 peperiksaan akan diambil tetapi perkara ini telah dihapuskan. Kriteria yang dinilai untuk dinaikkan pangkat:
  • Ikut seniority
  • Ikut markah prestasi
  • Ikut Ketua bahagian masing-masing
Pemberian Gaji
Pemberian gaji mengikut standard kerajaan iaitu pada awal bulan.
Gaji akan diberi awal sekiranya musim perayaan iaitu awal seminggu.

Ciri-ciri yang perlu ada pada Pengurusan Sumber Manusia
  • Berdisiplin
  • Jujur
  • Berintegriti
  • Bertanggungjawab
  • Pandai Menyimpan Rahsia
  • Bersikap Profesional
Kata Akhir Daripada Puan Hajah Maimunah
Ilmu amat penting dalam kehidupan. Ianya boleh didapati daripada pembacaan, pergaulan dan pengalaman. Apa yang penting adalah jangan malu untuk belajar dan ikhlaskan hati dalam melakukan apa sahaja yang dikerjakan.

Lampiran



















 Kesimpulan
Dalam menguruskan sesebuah syarikat, bahagian sumber manusia amat penting kerana ianya berurusan dengan manusia. Hal ini kerana, pekerja adalah aset dalam mencapai keberkesanan organisasi. Pengurus di bahagian sumber manusia perlulah memiliki keupayaan untuk mengawal manusia.

Penulis Blog : S19711
Dengan Usahasama : S19334, S19422

Sunday

Kewangan - Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM)

Temubual bersama Pegawai Eksekutif AIM




Nama Pegawai : Cik Siti Khadijah
Jawatan : Pegawai Eksekutif AIM
Ahli : Kumpulan 6 bersama beberapa wakil ahli kumpulan lain.

Ahli Kumpulan


Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan badan NGO dan kerajaan yang ditubuhkan pada 17 September 1987. AIM hanya memberikan pinjaman kepada wanita sahaja dan pemohon yang telah menjadi ahli akan dipanggil Sahabat.

Objektif
  • Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan mikro kredit untuk membiayai kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
  • Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
  • Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Syarat kelayakan menjadi Sahabat AIM:
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah adalah RM 3,050 dan per kapita RM 610
  • Had nilai pemilikan aset mestilah tidak melebihi nilaian berikut: ( tanah bergeran di atas nama ketua isi rumah atau bakal Sahabat dengan keluasan tidak lebih dari 3 ekar, pemilik rumah sendiri dengan anggaran nilai tidak lebih RM 200,00 dan pemilik kenderaan dengan anggaran nilai semasa sebuah kenderaan tidak melebihi RM 50,000.
           
Prosedur keahlian:
  1. Setelah disahkan layak menyertai AIM, pemohon perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling mempercayai satu sama lain dan bertanggungjawab.
  2. Kesemua ahli kumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, 1 setengah jam sehari. PPK bertujuan memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat AIM.
  3. Setelah lulus Ujian Pengiktirafan Kumpulan iaitu satu ujian ringkas yang dijalankan di akhir proses PPK, semua ahli kumpulan perlu menyertai Pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 12 kumpulan. Ahli Pusat atau lebih dikenali sebagai Sahabat akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat penyerahandiadakan di tempat awam seperti balai raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan,  modal pembiayaan, bayar balik serta kutipan simpanan wajib dan TKKS diadakan di mesyuarat pusat.

Borang Skim Tabung Khairat Hutang






Borang Persetujuan Melantik Wakil




Simpanan (Tabung Kumpulan)
Tabung kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1.00-RM15.00. Tabung kumpulan penting untuk kegunaan lain yang dibenarkan oleh ahli kumpulan.

Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat ( TKKS )
Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat ditubuhkan untuk mengurangkan bebanan sahabat dan waris apabila menghadapi musibah. Tabung ini memberi manfaat meliputi masuk wad, khairat kematian, rawatan penyakit kronik, kemusnahan rumah dan projek akibat kebakaran atau bencana lain serta sumbangan menunaikan haji. Sumber tabung adalah daripada sumbangan Sahabat RM 2.00 sebulan, 1% sumbangan daripada pembiayaan ekonomi dan sumbangan tahunan AIM.

Pembiayaan
AIM menawarkan 7 Skim dengan had tertinggi jumlah pembiayaan dan tempoh-tempoh bayaran seperti jadual di bawah :



Pamphlet Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM )



Sijil yang diterima AIM

Sijil Penghargaan

Antara Sijil yang diterima

Kesimpulan:
Sepanjang menemubual Cik Khadijah, kami dapat simpulkan bahawa AIM hanya membantu golongan wanita yang ratanya adalah ibu tunggal. Selain itu, AIM amat menitikberatkan kesepakatan antara ahli yang menjadi Sahabat AIM di mana setiap ahli harus membantu sesama sendiri jika berlaku sebarang permasalahan. Kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil - kecilan, AIM adalah institusi sesuai bagi  memberi pinjaman kewangan mikro.


Rujukan : 
  • Cik Siti Khadijah ( Pegawai Eksekutif AIM )
  • Pamphlet ( Amanah Ikhtiar Malaysia )
Penulis Blog : S19711
Dengan Usahasama : S19334. S19339, S19352, S19422 & S19708


Wednesday

Pemasaran ( Temubual bersama pihak FAMA Bintulu )

Temubual bersama Pengurus Operasi FAMA Bintulu


Nama : Encik Zairulhazizi bin Zakaria
Alamat : No. 241, Phase 3, Parkcity Commerce Square, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu Sarawak

Federal Agricultural Marketing Autoritory (FAMA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk menyelia, membantu dan menyelaras pemasaran keluaran pertanian Malaysia yang terletak di bawah Kementerian Industri dan Asas Tani. 

Contoh hasil pertanian di bawah FAMA
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Ternakan
FAMA juga terlibat dalam pembangunan usahawan yang terdiri daripada aktiviti seperti pasar tani dan program ladang kontrak dengan usahasama dengan Jabatan Pertanian.
FAMA lebih kepada memberi perkhidmatan selepas penuaian di mana terdapat tiga cara yang dilakukan untuk pemasaran iaitu:
  • FAMA membantu menjual hasil/produk pertanian
  • Petani menjual sendiri hasil pertanian mereka
  • FAMA membantu mencari pembekal untuk membeli hasil pertanian
Selain itu, FAMA bertanggungjawab untuk mengawal gred dan kualiti sesuatu hasil pertanian. Sebelum mengambil ataupun membeli hasil pertanian daripada petani, kakitangan FAMA akan meninjau dan membuat kaji selidik dahulu mengenai kebun, proses penanaman dan penjagaan dan juga kualiti tanaman. 

Produk FAMA
Agromas merupakan produk di bawah FAMA yang mana kualitinya tidak dapat dipertikaikan lagi dan terjamin. Tambahan pula, harga yang diletakkan juga amat murah berbanding produk-produk yang sedia ada di pasaran. Antara produk-produk Agromas adalah:
  • Kopi Anggerik
  • Sos cili
  • Kerepek ubi kayu
  • Mee Segera
  • Pes Laksa Sarawak
  • Tebaloi
  • Belacan 

Harga Produk
Dari segi harga telah diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan juga FAMA kepada peruncit dan pengguna. Selain itu, terdapat peruntukan yang disediakan untuk penghantaran produk contohnya kopi Anggerik yang diproses di semenanjung dan dibawa ke borneo.

Tempat 
Terdapat beberapa bahagian FAMA di Sarawak:
  • FAMA Kuching
  • FAMA Sibu
  • FAMA Miri
  • FAMA Bintulu
Beberapa bulan yang lepas, FAMA telah mengadakan aktiviti yang bertempat di Sungai Asap. Hal ini bertujuan untuk memasarkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang produk di bawah FAMA. Antara produk yang mendapat sambutan adalah kopi anggerik dan sos cili.

Promosi
Program Bimbingan Usahawan
Program bimbingan usahawan merupakan program bagi menyediakan usahawan yang lengkap dalam bidang pemasaran. Antara program yang ditawarkan kepada para usahawan ialah seperti kursus, seminar, bengkel, maklumat pasaran, mentor mentee dan sebagainya.

Syarat- syarat untuk mengikuti program ini ialah:
  • Semua jenis perusahaan kecil dan sederhana (PKS) asas tani 
  • Berdaftar dengan FAMA
Cara memohon ialah dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat FAMA dan muat turun daripada Portal rasmi FAMA.
                                

Contoh borang yang dimuat turun dari laman web FAMA
                                          
Ladang Kontrak
Bagi menjadi peserta ladang kontrak di bawah FAMA, antara prosedur yang berlaku ialah pegawai FAMA akan memantau terlebih dahulu ladang pemohon selama 6 bulan setelah pemohon mengisi borang yang boleh dimuat turun di Portal rasmi FAMA dan di pejabat FAMA. 
Program ladang kontrak ini diperkenalkan untuk membantu para pengusaha berskala kecil dan sederhana (PKS) dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal.
Hasil pengeluaran ladang kontrak akan dipasarkan ke pasar tani, pasaraya besar dan sebagainya. Selain itu, FAMA juga membantu memberi kemudahan infrasturktur, pinjaman peralatan seperti bakul, sesi kaunseling dan bantuan dari segi bagaimana hendak memasarkan hasil. 

Syarat-syarat menjadi peserta ladang kontrak:
  • Petani perseorangan/kelompok atau syarikat
  • Mempunyai modal kerja yang cukup
  • Mempunyai kawasan/tanah projek yang sah di sisi undang-undang
  • Terlibat sepenuh masa dengan projek tanaman yang diusahakan
  • Mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang projek tanaman yang ingin dijalankan

Contoh borang permohonan ladang kontrak yang dimuat turun




Kesimpulan
Apa yang dapat disimpulkan sepanjang temubual ini berlangsung ialah FAMA dapat membantu usahawan kecil dan sederhana dari segi tujuan pemasaran produk. Bagi produk kami iaitu Belacan Corner Enterprise, kami boleh mengikuti program bimbingan usahawan yang dianjurkan oleh FAMA kerana terdapat pelbagai bengkel dan kursus yang disediakan bagi usahawan baru yang ingin atau sedang menjalankan perniagaan seperti kami. Selain itu juga, kami boleh mengikuti aktiviti pembukaan booth di pelbagai tempat untuk mempromosikan produk baharu kami. Melalui cara ini, produk kami akan lebih dikenali dan mendapat perhatian daripada masyarakat.

Kami di dalam kedai FAMA (Agromas)


Rujukan : Encik Zairulhazizi Zakaria ( Pegawai Operasi FAMA Bahagian Bintulu)
Penulis Blog : S19711
Dengan Usahasama: S19334. S19339, S19352, S19422 & S19708