Menemui Puan Normah yang bakal menjadi mentor kami
Tarikh : 1
Januari 2015
Masa : 10.00
pagi
Tempat : No. 550 B, Kampung Baru,97000 Bintulu Sarawak
|
Bergambar kenangan di hadapan kedai Puan Normah |
Pada tarikh dan masa
ini kami seramai 6 orang ahli kumpulan
telah menemui mentor yang dapat memberi tunjuk ajar
dalam perniagaan
belacan. Butir-butir
temubual adalah seperti
berikut:
Nama Pengusaha/Mentor
Puan Normah@ Hasnah binti Hj. Zamhari
Perusahaan diceburi
Pemprosesan Belacan dan Makanan Ringan
Nama Perusahaan
Normah's Keropok Ikan dan Makanan Ringan
Jenis Perniagaan
Milikan Tunggal
Alamat Perniagaan
No. 550 B, Kampung Baru,97000 Bintulu Sarawak
No.Telefon
086-337425 (R)
019-8158623 (H/P)
Pengenalan
Puan Normah binti Hj. Zamhari mula menceburi bidang ini secara kecil-kecilan yang bertempat di rumah beliau sendiri sejak tahun 2000. Perniagaan yang dijalankan adalah daripada turun-temurun yang mana Puan Normah mengambil peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan keluarganya.
Beliau mengikuti kursus-kursus, bengkel atau apa sahaja seminar yang dianjurkan bagi menambah ilmu dan pengalaman yang ada. Hasil dari pencapaian perusahaan dari tahun ke tahun, ianya telah berkembang menjadi perusahaan yang lebih komersial. Projek ini telah dinaiktaraf menjadi Industri Kecil Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu pada tahun 2004.
Pencapaian yang dapat dibanggakan oleh pengusaha ini adalah apabila menjadi Johan pertandingan membuat belacan sempena Pelancaran Produk Signature Belacan Bintulu pada 11 April 2009.
Beroperasi pada seawal pagi dengan dibantu oleh 4 orang pekerja.
Langkah pembangunan perusahaan yang dijalankan:
- 2004 : Membeli peralatan memproses berharga RM 8,000.00
- 2009 : Membuat bangunan dan peralatan memproses yang bernilai RM 75,000.00
- 2010 : Membeli peralatan memproses selebihnya bernilai RM 10,000.00
Pasaran yang dilakukan beliau adalah melalui jualan terus oleh pengusaha dan melalui promosi anjuran Jabatan dan Agensi tertentu.
Sijil-Sijil, Anugerah dan Pengiktirafan yang diterima
|
Seminar yang disertai beliau |
|
Bantuan daripada Jabatan Pertanian Sarawak |
|
Bantuan daripada Jabatan Pertanian Sarawak |
|
Sijil Pendaftaran Perusahaan |
|
Sijil Penyertaan |
|
Kursus yang beliau sertai |
|
Pinjaman peralatan daripada Jabatan Pertanian Sarawak |
|
Senarai peralatan yang diberi agensi kerajaan |
|
Belacan Puan Normah yang mendapat perhatian media massa |
|
Butiran Mengenai Perusahaan Puan Normah |
|
Johan Pertandingan Belacan |
Harga dan Produk
|
RM 15.00 (pembungkusan menggunakan daun nipah) |
|
RM 15.00 |
|
RM 35.00 |
|
RM 75.00 |
|
RM 15.00
|
Melalui temubual yang dijalankan, kami dapat mengetahui mengenai proses dalam penubuhan sesuatu perusahaan. Untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perniagaan bukanlah mudah dan ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil. Apa yang penting adalah usaha, ketekunan dan komitmen daripada pengusaha sendiri dengan bantuan yang diberikan daripada jabatan dan agensi seperti Jabatan Pertanian Sarawak dan sebagainya. Bagi setiap permulaan perniagaan, awalnya adalah sangat sukar dengan pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi. Namun, berkat kesabaran, semangat yang gigih serta bersungguh-sungguh tanpa putus asa dapat memberi kesan dan peluang yan lebih baik dalam sesuatu perniagaan. Dapat kami lihat ketika temubual dijalankan, orang tempatan/bumiputera juga dapat berjaya dan mampu bersaing dengan lebih hebat lagi sekiranya mempunyai kesungguhan dan semangat yang jitu.
Rujukan: Puan Normah
Penulis blog : S19711
Dengan usahasama : S19334, S19339, S19352, S19422, S19708
No comments:
Post a Comment