Permulaan Perniagaan
Perusahaan belacan yang dijalankan oleh Puan Normah merupakan perniagaan turun temurun sejak tahun 60-an. Bermula dengan modal sendiri dan mendapat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM ) dan Agrobank. Bagi mendapatkan lesen perniagaan pula, agensi kerajaan telah datang sendiri ke kedai Puan Normah untuk melihat sendiri pemprosesan belacan yang dijalankan. Kata Puan Normah, apa yang penting bagi mendapatkan lesen adalah kita perlu mempunyai tempat dan tanah untuk berniaga. Selain itu, sijil halal dan lesen pendaftaran Puan Normah dapati daripada mengikuti kursus yang dianjurkan.
Seminar atau kursus yang biasanya diikuti Puan Normah adalah melalui Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ). Antara contoh program yang disertai beliau adalah bagaiman membuat buku lejar, kira-kira akaun, kursus membuat makanan seperti kek,sos cili dan sebagainya.
Untuk mengembangkan lagi perusahaan beliau, Puan Normah telah membuat beberapa strategi bagi memperkenalkan belacan beliau. Antaranya ialah memasang banner, membuat kad perniagaan dan memberikan pamplet kepada orang ramai.
Selain itu, belacan Puan Normah mendapat perhatian apabila orang ramai menyampaikan melalui mulut ke mulut/viral. Puan Normah membekalkan belacan beliau hanya di pasaraya Sin Kwong. Hal ini kerana beliau lebih selesa untuk pelanggan datang sendiri ke kedai beliau yang terletak di Kampung Baru bagi jualan secara terus dengan pelanggan.
Selain itu, Puan Normah juga menawarkan perkhidmatan pengeposan di sekitar Malaysia. Kebanyakan pelanggan beliau adalah dari semenanjung terutama di Putrajaya dan pelanggan akan menghubungi Puan Normah untuk menempah belacan dan seterusnya penghantaran akan dibuat melalui pos laju.
Operasi
Dalam penghasilan belacan, bahan utama yang diperlukan adalah udang geragau. Puan Normah mendapat stok udang geragau daripada nelayan tempatan. Walaubagaimanapun, udang geragau hanya terdapat pada musim tertentu iaitu pada bulan Mac sahaja. Oleh itu, udang geragau akan dibeli dalam kuantiti yang banyak. Biasanya Puan Normah akan membeli udang geragau dalam kuantiti sebanyak 3 perahu yang berharga 3 kg/RM 25.00.
Bagi pemilihan pembelian udang geragau pula adalah udang geragau yang halus tidak berapa elok kerana dapat mempercepatkan belacan berwarna hitam. Antara keistimewaan belacan Bintulu adalah rasanya yang lemak hasil daripada udang geragau yang berkualiti.
Masa untuk menghasilkan belacan tidak lama bergantung pada keadaan cuaca. Cuaca yang panas adalah sangat baik untuk menjemur udang geragau. Udang geragau akan dijemur dan seterusnya ditumbuk, dibudu, ditumbuk, dibudu sekali lagi dan akan dimasukkan dalam mesin untuk dibentukkan menjadi belacan. Bagi bentuk belacan Puan Normah pula, acuan pembentuk belacan telah dibuat olehnya sendiri.

Acuan yang direka sendiri oleh Puan Normah |
Proses Menjemur Udang geragau |
Udang geragau mentah dan belacan |
Melalui pertemuan ini, kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai penghasilan belacan dan operasi sesebuah perniagaan itu sendiri. Sebelum mengakhiri perbualan, Puan Normah telah memberi sedikit nasihat kepada kami sekiranya kami berminat untuk menjalankan perusahaan sendiri. Apa yang penting adalah usahawan perlulah rajin contohnya menghadiri kursus dan seminar yang diadakan. Tambah Puan Normah lagi, terdapat bengkel yang diadakan bagi usahawan yang baru. Selain itu, sebagai seorang pengusaha, kita tidak perlu berharap pada pekerja kita dan sebab itu kita perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas tentang perniagaan yang kita ceburi.
Dengan usahasama : S19334, S19339, S19352, S19422, S19708