web widgets

Tuesday

Ringkasan Projek

Setelah menemuramah beberapa individu dan organisasi tertentu, maklumat mengenai operasi, kewangan, pemasaran dan sumber manusia telah kami perolehi untuk diaplikasikan pada perniagaan yang akan kami jalankan bersama. 

Operasi

Operasi merupakan tunjang utama sesebuah perniagaan kerana ia menentukan keuntungan dan perjalanan perniagaan. 

Bagi perusahaan belacan  , apa yang penting adalah proses pembuatannya. Pengusaha juga perlu menambahbaik perusahaan yang sedia ada dengan mengikuti kursus, seminar atau latihan yang dijalankan oleh badan kerajaan seperti Jabatan Pertanian. Selain itu, seseorang pengusaha perlu memiliki kemahiran dalam bidang yang ingin diceburi. Hal ini bagi membantu memudahkan pengusaha jika tiada pekerja. 

Dalam pembuatan belacan, bahan utama yang penting adalah udang geragau yang hanya terdapat pada musim tertentu. Oleh itu, persediaan pengurus untuk bersedia semasa musim bukan ketiadaan udang geragau adalah perlu. Contohnya Puan Normah akan membeli banyak udang geragau semasa musimnya untuk membuat stok belacan.

Untuk mendaftarkan perniagaan ini, lesen didapati apabila pegawai dari agensi tertentu melawat tapak pemprosesan.



Kewangan

Dari segi kewangan bagi modal permulaan, kami boleh meminjam daripada MARA kerana agensi ini menawarkan syarat-syarat yang bertepatan dengan perniagaan kami. Proses untuk memohon juga mudah dan tempoh pembayaran juga adalah sama seperti mana pinjaman dibuat. 

Pemasaran

Faktor 4p adalah penting dalam pemasaran. Belacan kami mempunyai bentuk yang tersendiri ditambah pula dengan perisa seperti madu dan belacan bakar. Pembungkusan belacan kami mesra pengguna dan kedap bau. 

Harga belacan berpatutan iaitu RM 2.50/gram. 
Dari segi pengedaran belacan, kami memilih untuk menghantar belacan kami ke pasaraya-pasaraya berdekatan dan bagi pembeli dari kawasan yang jauh, kami mengambil keputusan untuk mencontohi mentor kami di mana pengeposan akan dilakukan. 

Promosi akan dilakukan hanya pada musim perayaan dan cuti sekolah sahaja yang mana pembeli akan menerima cenderahati daripada pihak kami. Pemasangan banner akan dibuat di serata tempat dan kad bisnes akan diedar kepada orang ramai dan media-media sosial diaktifkan bagi memberi pengguna maklumat tentang kehadiran belacan terbaru pada alaf ini.

Sumber Manusia

Untuk pengurusan sumber manusia, pengurus kami akan memilih pekerja yang suka akan pekerjaan yang dilakukan mereka. Gaji, bonus, perubatan percuma akan diberikan kepada pekerja kami. Pekerja yang telah lama berkhidmat untuk kami, kenudahan seperti tempat tinggal akan disediakan.
Segala kebajikan pekerja, akan kami ambil berat supaya pekerja sentiasa produktif dalam mencapai matlamat organisasi syarikat.

Dalam membuka sesebuah perniagaan, rancangan perniagaan perlu dibuat teliti agar perjalanan perniagaan lancar. Bagi syarikat kami, selain mendapat keuntungan, kami mahu pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang dilakukan. Kami ingin menjadi pengusaha belacan yang sentiasa ada untuk pelanggan selaras dengan slogan kami "belacan corner, ada di mana-mana".




Penulis blog : S19711
Dengan usahasama : S19334, S19339, S19352, S19422, S19708


Wednesday

PROSES PELAKSANAAN VIDEO

Tarikh: 25/2/2015
Tempat: Sekitar kawasan Bintulu 
Bilangan Ahli : 5 orang


Antara aktiviti yang dilakukan ketika proses penghasilan video akhir keseluruhan "Rancangan Perniagaan". Dengan jayanya kami sekumpulan dapat menghasilkan video yang menarik.













Cover CD yang telah berjaya dihasilkan  dengan kreatif dan cantik.


Penulis blog : S19711
Dengan usahasama : S19334


Tuesday

Perjumpaan untuk Keseluruhan Projek

Tarikh : 19/2/2015
Tempat : Kolej Kediaman 2
Bilangan Ahli : 5 orang

Perbincangan sedang dijalankan
Agenda pada kali ini adalah untuk membincangkan proses perkembangan video dan blog untuk dihantar kepada pensyarah.

Penulis blog: S19711

Monday

Sumber Manusia (Lembaga Kemajuan Bintulu)

Tarikh : 16/2/2015
Tempat : Lembaga Kemajuan Bintulu
               No. 1 Jalan Tanjung Kidurong, Peti Surat 55, 97007 Bintulu

Lembaga Kemajuan Bintulu


Pegawai ditemuramah : Puan Hajah Maimunah
Jawatan Pegawai : Pengurus Senior Bahagian Sumber Manusia
Bilangan Ahli : 3 orang ( S19334, S19422, S19711)

Bersama Puan Hajah Maimunah


Bohlander et al (2001) : Pengurusan sumber manusia merangkumisemua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. 
Ivencevich (2001):   Pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.

Untuk bahagian sumber manusia pada kali ini, kami telah ke BDA untuk mengetahui tentang pengurusan sumber manusia untuk diaplikasikan ke syarikat kami.

Pengambilan Pekerja
Mengikut Skim Perkhidmatan JPA :
  • Umur 17-40 (diploma)
  • Umur 41 dan ke atas (degree)
  • Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia
  • Warganegara Malaysia
Cara Pengambilan
  • iklankan di website BDA
  • Media bercetak
  • E-requirement
Pekerja yang diterima untuk berkhidmat di BDA akan diberi latihan selama 42 jam setahun. Selain itu, setiap pekerja akan ada penilaian prestasi yang mana jika prestasi mereka bagus, maka kerja tetap menanti mereka.

Kelebihan
Antara kelebihan untuk pekerja yang berkhidmat di BDA adalah:
  • Perubatan percuma
  • KWSP
  • Simpanan Pencen
  • Insurans (jika berlaku kemalangan)
  • Cuti (rehat) 25 hari setahun
  • Pemberian pinjaman (contohnya untuk membeli rumah, peti ais & sebagainya)
  • Sumbangan wang pada waris yang kehilangan ahli keluarga
  • Pemberian Bonus (Ikut pemberian kerajaan)
Buat masa ini, pekerja di BDA adalah seramai 700 orang dalam bidang tugas yang berbeza.
Bahagian yang selalu memerlukan pekerja adalah bahagian pengurusan sampah dan pegawai keselamatan.

Kenaikan Pangkat
Sebelum seseorang itu dinaikkan pangkat, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) akan dinilai iaitu sebanyak 2 peperiksaan akan diambil tetapi perkara ini telah dihapuskan. Kriteria yang dinilai untuk dinaikkan pangkat:
  • Ikut seniority
  • Ikut markah prestasi
  • Ikut Ketua bahagian masing-masing
Pemberian Gaji
Pemberian gaji mengikut standard kerajaan iaitu pada awal bulan.
Gaji akan diberi awal sekiranya musim perayaan iaitu awal seminggu.

Ciri-ciri yang perlu ada pada Pengurusan Sumber Manusia
  • Berdisiplin
  • Jujur
  • Berintegriti
  • Bertanggungjawab
  • Pandai Menyimpan Rahsia
  • Bersikap Profesional
Kata Akhir Daripada Puan Hajah Maimunah
Ilmu amat penting dalam kehidupan. Ianya boleh didapati daripada pembacaan, pergaulan dan pengalaman. Apa yang penting adalah jangan malu untuk belajar dan ikhlaskan hati dalam melakukan apa sahaja yang dikerjakan.

Lampiran



















 Kesimpulan
Dalam menguruskan sesebuah syarikat, bahagian sumber manusia amat penting kerana ianya berurusan dengan manusia. Hal ini kerana, pekerja adalah aset dalam mencapai keberkesanan organisasi. Pengurus di bahagian sumber manusia perlulah memiliki keupayaan untuk mengawal manusia.

Penulis Blog : S19711
Dengan Usahasama : S19334, S19422

Sunday

Kewangan - Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM)

Temubual bersama Pegawai Eksekutif AIM




Nama Pegawai : Cik Siti Khadijah
Jawatan : Pegawai Eksekutif AIM
Ahli : Kumpulan 6 bersama beberapa wakil ahli kumpulan lain.

Ahli Kumpulan


Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan badan NGO dan kerajaan yang ditubuhkan pada 17 September 1987. AIM hanya memberikan pinjaman kepada wanita sahaja dan pemohon yang telah menjadi ahli akan dipanggil Sahabat.

Objektif
  • Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan mikro kredit untuk membiayai kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
  • Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
  • Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Syarat kelayakan menjadi Sahabat AIM:
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah adalah RM 3,050 dan per kapita RM 610
  • Had nilai pemilikan aset mestilah tidak melebihi nilaian berikut: ( tanah bergeran di atas nama ketua isi rumah atau bakal Sahabat dengan keluasan tidak lebih dari 3 ekar, pemilik rumah sendiri dengan anggaran nilai tidak lebih RM 200,00 dan pemilik kenderaan dengan anggaran nilai semasa sebuah kenderaan tidak melebihi RM 50,000.
           
Prosedur keahlian:
  1. Setelah disahkan layak menyertai AIM, pemohon perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling mempercayai satu sama lain dan bertanggungjawab.
  2. Kesemua ahli kumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, 1 setengah jam sehari. PPK bertujuan memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat AIM.
  3. Setelah lulus Ujian Pengiktirafan Kumpulan iaitu satu ujian ringkas yang dijalankan di akhir proses PPK, semua ahli kumpulan perlu menyertai Pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 12 kumpulan. Ahli Pusat atau lebih dikenali sebagai Sahabat akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat penyerahandiadakan di tempat awam seperti balai raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan,  modal pembiayaan, bayar balik serta kutipan simpanan wajib dan TKKS diadakan di mesyuarat pusat.

Borang Skim Tabung Khairat Hutang






Borang Persetujuan Melantik Wakil




Simpanan (Tabung Kumpulan)
Tabung kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1.00-RM15.00. Tabung kumpulan penting untuk kegunaan lain yang dibenarkan oleh ahli kumpulan.

Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat ( TKKS )
Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat ditubuhkan untuk mengurangkan bebanan sahabat dan waris apabila menghadapi musibah. Tabung ini memberi manfaat meliputi masuk wad, khairat kematian, rawatan penyakit kronik, kemusnahan rumah dan projek akibat kebakaran atau bencana lain serta sumbangan menunaikan haji. Sumber tabung adalah daripada sumbangan Sahabat RM 2.00 sebulan, 1% sumbangan daripada pembiayaan ekonomi dan sumbangan tahunan AIM.

Pembiayaan
AIM menawarkan 7 Skim dengan had tertinggi jumlah pembiayaan dan tempoh-tempoh bayaran seperti jadual di bawah :



Pamphlet Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM )



Sijil yang diterima AIM

Sijil Penghargaan

Antara Sijil yang diterima

Kesimpulan:
Sepanjang menemubual Cik Khadijah, kami dapat simpulkan bahawa AIM hanya membantu golongan wanita yang ratanya adalah ibu tunggal. Selain itu, AIM amat menitikberatkan kesepakatan antara ahli yang menjadi Sahabat AIM di mana setiap ahli harus membantu sesama sendiri jika berlaku sebarang permasalahan. Kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil - kecilan, AIM adalah institusi sesuai bagi  memberi pinjaman kewangan mikro.


Rujukan : 
  • Cik Siti Khadijah ( Pegawai Eksekutif AIM )
  • Pamphlet ( Amanah Ikhtiar Malaysia )
Penulis Blog : S19711
Dengan Usahasama : S19334. S19339, S19352, S19422 & S19708


Wednesday

Pemasaran ( Temubual bersama pihak FAMA Bintulu )

Temubual bersama Pengurus Operasi FAMA Bintulu


Nama : Encik Zairulhazizi bin Zakaria
Alamat : No. 241, Phase 3, Parkcity Commerce Square, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu Sarawak

Federal Agricultural Marketing Autoritory (FAMA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk menyelia, membantu dan menyelaras pemasaran keluaran pertanian Malaysia yang terletak di bawah Kementerian Industri dan Asas Tani. 

Contoh hasil pertanian di bawah FAMA
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Ternakan
FAMA juga terlibat dalam pembangunan usahawan yang terdiri daripada aktiviti seperti pasar tani dan program ladang kontrak dengan usahasama dengan Jabatan Pertanian.
FAMA lebih kepada memberi perkhidmatan selepas penuaian di mana terdapat tiga cara yang dilakukan untuk pemasaran iaitu:
  • FAMA membantu menjual hasil/produk pertanian
  • Petani menjual sendiri hasil pertanian mereka
  • FAMA membantu mencari pembekal untuk membeli hasil pertanian
Selain itu, FAMA bertanggungjawab untuk mengawal gred dan kualiti sesuatu hasil pertanian. Sebelum mengambil ataupun membeli hasil pertanian daripada petani, kakitangan FAMA akan meninjau dan membuat kaji selidik dahulu mengenai kebun, proses penanaman dan penjagaan dan juga kualiti tanaman. 

Produk FAMA
Agromas merupakan produk di bawah FAMA yang mana kualitinya tidak dapat dipertikaikan lagi dan terjamin. Tambahan pula, harga yang diletakkan juga amat murah berbanding produk-produk yang sedia ada di pasaran. Antara produk-produk Agromas adalah:
  • Kopi Anggerik
  • Sos cili
  • Kerepek ubi kayu
  • Mee Segera
  • Pes Laksa Sarawak
  • Tebaloi
  • Belacan 

Harga Produk
Dari segi harga telah diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan juga FAMA kepada peruncit dan pengguna. Selain itu, terdapat peruntukan yang disediakan untuk penghantaran produk contohnya kopi Anggerik yang diproses di semenanjung dan dibawa ke borneo.

Tempat 
Terdapat beberapa bahagian FAMA di Sarawak:
  • FAMA Kuching
  • FAMA Sibu
  • FAMA Miri
  • FAMA Bintulu
Beberapa bulan yang lepas, FAMA telah mengadakan aktiviti yang bertempat di Sungai Asap. Hal ini bertujuan untuk memasarkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang produk di bawah FAMA. Antara produk yang mendapat sambutan adalah kopi anggerik dan sos cili.

Promosi
Program Bimbingan Usahawan
Program bimbingan usahawan merupakan program bagi menyediakan usahawan yang lengkap dalam bidang pemasaran. Antara program yang ditawarkan kepada para usahawan ialah seperti kursus, seminar, bengkel, maklumat pasaran, mentor mentee dan sebagainya.

Syarat- syarat untuk mengikuti program ini ialah:
  • Semua jenis perusahaan kecil dan sederhana (PKS) asas tani 
  • Berdaftar dengan FAMA
Cara memohon ialah dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat FAMA dan muat turun daripada Portal rasmi FAMA.
                                

Contoh borang yang dimuat turun dari laman web FAMA
                                          
Ladang Kontrak
Bagi menjadi peserta ladang kontrak di bawah FAMA, antara prosedur yang berlaku ialah pegawai FAMA akan memantau terlebih dahulu ladang pemohon selama 6 bulan setelah pemohon mengisi borang yang boleh dimuat turun di Portal rasmi FAMA dan di pejabat FAMA. 
Program ladang kontrak ini diperkenalkan untuk membantu para pengusaha berskala kecil dan sederhana (PKS) dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal.
Hasil pengeluaran ladang kontrak akan dipasarkan ke pasar tani, pasaraya besar dan sebagainya. Selain itu, FAMA juga membantu memberi kemudahan infrasturktur, pinjaman peralatan seperti bakul, sesi kaunseling dan bantuan dari segi bagaimana hendak memasarkan hasil. 

Syarat-syarat menjadi peserta ladang kontrak:
  • Petani perseorangan/kelompok atau syarikat
  • Mempunyai modal kerja yang cukup
  • Mempunyai kawasan/tanah projek yang sah di sisi undang-undang
  • Terlibat sepenuh masa dengan projek tanaman yang diusahakan
  • Mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang projek tanaman yang ingin dijalankan

Contoh borang permohonan ladang kontrak yang dimuat turun




Kesimpulan
Apa yang dapat disimpulkan sepanjang temubual ini berlangsung ialah FAMA dapat membantu usahawan kecil dan sederhana dari segi tujuan pemasaran produk. Bagi produk kami iaitu Belacan Corner Enterprise, kami boleh mengikuti program bimbingan usahawan yang dianjurkan oleh FAMA kerana terdapat pelbagai bengkel dan kursus yang disediakan bagi usahawan baru yang ingin atau sedang menjalankan perniagaan seperti kami. Selain itu juga, kami boleh mengikuti aktiviti pembukaan booth di pelbagai tempat untuk mempromosikan produk baharu kami. Melalui cara ini, produk kami akan lebih dikenali dan mendapat perhatian daripada masyarakat.

Kami di dalam kedai FAMA (Agromas)


Rujukan : Encik Zairulhazizi Zakaria ( Pegawai Operasi FAMA Bahagian Bintulu)
Penulis Blog : S19711
Dengan Usahasama: S19334. S19339, S19352, S19422 & S19708





Monday

Operasi ( Temubual bersama mentor )

Tarikh  : 1 Januari 2015
Masa    : 10 pagi
Tempat : No. 550 B, Kampung Baru,97000 Bintulu Sarawak

Permulaan Perniagaan
Perusahaan belacan yang dijalankan oleh Puan Normah merupakan perniagaan turun temurun sejak tahun 60-an. Bermula dengan modal sendiri dan mendapat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM ) dan Agrobank. Bagi mendapatkan lesen perniagaan pula, agensi kerajaan telah datang sendiri ke kedai Puan Normah untuk melihat sendiri pemprosesan belacan yang dijalankan. Kata Puan Normah, apa yang penting bagi mendapatkan lesen adalah kita perlu mempunyai tempat dan tanah untuk berniaga. Selain itu, sijil halal dan lesen pendaftaran Puan Normah dapati daripada mengikuti kursus yang dianjurkan. 

Kursus dan Seminar
Seminar atau kursus yang biasanya diikuti Puan Normah adalah melalui Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ). Antara contoh program yang disertai beliau adalah bagaiman membuat buku lejar, kira-kira akaun, kursus membuat makanan seperti kek,sos cili dan sebagainya.



Pemasaran
Untuk mengembangkan lagi perusahaan beliau, Puan Normah telah membuat beberapa strategi bagi memperkenalkan belacan beliau. Antaranya ialah memasang banner, membuat kad perniagaan dan memberikan pamplet kepada orang ramai.

Kad Perniagaan


Selain itu, belacan Puan Normah mendapat perhatian apabila orang ramai menyampaikan melalui mulut ke mulut/viral. Puan Normah membekalkan belacan beliau hanya di pasaraya Sin Kwong. Hal ini kerana beliau lebih selesa untuk pelanggan datang sendiri ke kedai beliau yang terletak di Kampung Baru bagi jualan secara terus dengan pelanggan.
Selain itu, Puan Normah juga menawarkan perkhidmatan pengeposan di sekitar Malaysia. Kebanyakan pelanggan beliau adalah dari semenanjung terutama di Putrajaya dan pelanggan akan menghubungi Puan Normah untuk menempah belacan dan seterusnya penghantaran akan dibuat melalui pos laju.

Operasi
Dalam penghasilan belacan, bahan utama yang diperlukan adalah udang geragau. Puan Normah mendapat stok udang geragau daripada nelayan tempatan. Walaubagaimanapun, udang geragau hanya terdapat pada musim tertentu iaitu pada bulan Mac sahaja. Oleh itu, udang geragau akan dibeli dalam kuantiti yang banyak. Biasanya Puan Normah akan membeli udang geragau dalam kuantiti sebanyak 3 perahu yang berharga 3 kg/RM 25.00.
Bagi pemilihan pembelian udang geragau pula adalah udang geragau yang halus tidak berapa elok kerana dapat mempercepatkan belacan berwarna hitam. Antara keistimewaan belacan Bintulu adalah rasanya yang lemak hasil daripada udang geragau yang berkualiti.
Masa untuk menghasilkan belacan tidak lama bergantung pada keadaan cuaca. Cuaca yang panas adalah sangat baik untuk menjemur udang geragau. Udang geragau akan dijemur dan seterusnya ditumbuk, dibudu, ditumbuk, dibudu sekali lagi dan akan dimasukkan dalam mesin untuk dibentukkan menjadi belacan. Bagi bentuk belacan Puan Normah pula, acuan pembentuk belacan telah dibuat olehnya sendiri. 

Acuan yang direka sendiri oleh Puan Normah

Proses Menjemur Udang geragau




Pembungkusan Belacan



Stok Udang Geragau

Udang geragau mentah dan belacan
Stok udang geragau

Melalui pertemuan ini, kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai penghasilan belacan dan operasi sesebuah perniagaan itu sendiri. Sebelum mengakhiri perbualan, Puan Normah telah memberi sedikit nasihat kepada kami sekiranya kami berminat untuk menjalankan perusahaan sendiri. Apa yang penting adalah usahawan perlulah rajin contohnya menghadiri kursus dan seminar yang diadakan. Tambah Puan Normah lagi, terdapat bengkel yang diadakan bagi usahawan yang baru. Selain itu, sebagai seorang pengusaha, kita tidak perlu berharap pada pekerja kita dan sebab itu kita perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas tentang perniagaan yang kita ceburi.


Rujukan: Puan Normah
Penulis blog : S19711
Dengan usahasama : S19334, S19339, S19352, S19422, S19708