web widgets

Tuesday

Ringkasan Projek

Setelah menemuramah beberapa individu dan organisasi tertentu, maklumat mengenai operasi, kewangan, pemasaran dan sumber manusia telah kami perolehi untuk diaplikasikan pada perniagaan yang akan kami jalankan bersama. 

Operasi

Operasi merupakan tunjang utama sesebuah perniagaan kerana ia menentukan keuntungan dan perjalanan perniagaan. 

Bagi perusahaan belacan  , apa yang penting adalah proses pembuatannya. Pengusaha juga perlu menambahbaik perusahaan yang sedia ada dengan mengikuti kursus, seminar atau latihan yang dijalankan oleh badan kerajaan seperti Jabatan Pertanian. Selain itu, seseorang pengusaha perlu memiliki kemahiran dalam bidang yang ingin diceburi. Hal ini bagi membantu memudahkan pengusaha jika tiada pekerja. 

Dalam pembuatan belacan, bahan utama yang penting adalah udang geragau yang hanya terdapat pada musim tertentu. Oleh itu, persediaan pengurus untuk bersedia semasa musim bukan ketiadaan udang geragau adalah perlu. Contohnya Puan Normah akan membeli banyak udang geragau semasa musimnya untuk membuat stok belacan.

Untuk mendaftarkan perniagaan ini, lesen didapati apabila pegawai dari agensi tertentu melawat tapak pemprosesan.



Kewangan

Dari segi kewangan bagi modal permulaan, kami boleh meminjam daripada MARA kerana agensi ini menawarkan syarat-syarat yang bertepatan dengan perniagaan kami. Proses untuk memohon juga mudah dan tempoh pembayaran juga adalah sama seperti mana pinjaman dibuat. 

Pemasaran

Faktor 4p adalah penting dalam pemasaran. Belacan kami mempunyai bentuk yang tersendiri ditambah pula dengan perisa seperti madu dan belacan bakar. Pembungkusan belacan kami mesra pengguna dan kedap bau. 

Harga belacan berpatutan iaitu RM 2.50/gram. 
Dari segi pengedaran belacan, kami memilih untuk menghantar belacan kami ke pasaraya-pasaraya berdekatan dan bagi pembeli dari kawasan yang jauh, kami mengambil keputusan untuk mencontohi mentor kami di mana pengeposan akan dilakukan. 

Promosi akan dilakukan hanya pada musim perayaan dan cuti sekolah sahaja yang mana pembeli akan menerima cenderahati daripada pihak kami. Pemasangan banner akan dibuat di serata tempat dan kad bisnes akan diedar kepada orang ramai dan media-media sosial diaktifkan bagi memberi pengguna maklumat tentang kehadiran belacan terbaru pada alaf ini.

Sumber Manusia

Untuk pengurusan sumber manusia, pengurus kami akan memilih pekerja yang suka akan pekerjaan yang dilakukan mereka. Gaji, bonus, perubatan percuma akan diberikan kepada pekerja kami. Pekerja yang telah lama berkhidmat untuk kami, kenudahan seperti tempat tinggal akan disediakan.
Segala kebajikan pekerja, akan kami ambil berat supaya pekerja sentiasa produktif dalam mencapai matlamat organisasi syarikat.

Dalam membuka sesebuah perniagaan, rancangan perniagaan perlu dibuat teliti agar perjalanan perniagaan lancar. Bagi syarikat kami, selain mendapat keuntungan, kami mahu pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang dilakukan. Kami ingin menjadi pengusaha belacan yang sentiasa ada untuk pelanggan selaras dengan slogan kami "belacan corner, ada di mana-mana".




Penulis blog : S19711
Dengan usahasama : S19334, S19339, S19352, S19422, S19708